silir daksina tingkatan 5..SPM 11A+
Wednesday, December 30, 2015
Sinopsis Silir daksina 4
Ratna kelihatan hairan dengan kedatangan Haiqal di gerainya pada malam itu.Ratna mengambil pesanan daripada Haiqal sebelum datang membawa numan yang dipesan oleh Haiqal dan dirinya.Ratna bertanya kepada Haiqal,apakah masalah yang dihadapinya kerana mukanya tidak seceria selalu.Haiqal menceritakan kepada Ratna tentang kandungan manuskrip itu dan dia berasa bingung dengan aksara yang bakal lahir.Ratna mencadangkan kepada Haiqal supaya bertanya kepada umi kerana hanya umi yang mempunyai jawapannya.Haiqal kemudian menikmati makan malamnya.
Ratna memberitahu Haiqal hasratnya untuk menutup kedai awal kerana kehabisan bahan memasak.Haiqal sempat mengusik Ratna .Ratna tersipu malu.Haiqal memberitahu Ratna bahawa dia tidak mahu membuat uminya marah lagi.Ratna menasihati Haiqal supaya fikir masak-masak sebelum membuat keputusan .Haiqal mengucapkan terima kasih sebelum pulang.
Sunday, December 27, 2015
Tema Silir Daksina
Pengorbanan anak muda untuk mempertahankan warisan seni kebudayaan dan kesasteraan demi memenuhi amanah arwah ayahnya.
Buktinya:
1.Haiqal tetap pergi ke kampung halaman ayahnya walau dihalang oleh uminya untuk mencari kehidupan yang dihadapi oleh ayahnya,Abdullah bin Kayan.
2.Haiqal sanggup mempelajari tentang seni kesasteraan dan kebudayaan demi memenuhi amanah arwah ayahnya.
3.Haiqal sentiasa mencari jalan untuk menyambung manuskrip yang ditulis oleh ayahnya,iaitu mewujudkan Aksara kembali kerana dia perlu menjadi seperti ayahnya.
Sinopsis Silir Daksina 12
Friday, December 25, 2015
Sinopsis Silir Daksina 7
Selepas bas yang dinaiki oleh Haiqal meninggalkan stesten bas, kedengaran gelak tawa darpida para penumpang kerana menonton sebuah filem melayu tetapi Haiqal belum tertarik minatnya untuk menonton. Haiqal teringat kembali suasana sayu tatkala dia meninggalkan keluarganya. Hanya walidnya serta adik tirinya sahaja yang mengiringinya keluar dari rumah sebelum Haiqal menaiki kereta Ratna. Uminya langsung tidak melihat pemergian Haiqal. Ketika mereka berdua menunggu bas, Haiqal berusaha untuk meyakinkan Ratna bahawa dia akan kembali.
Ketika Haiqal dalam perjalanan, Haiqal dapat melihat pelbagai panaroma indah yang hanya dapat disaksikan pada waktu malam. Perlahan-lahan suasana di dalam bas bertukar sunyi kerana para penumpang lena dibuai mimpi. Haiqal juga semakin lena tidurnya selepas dikenakan suhu yang rendah terhdap dirinya. Pada jam dua belas malam, bas berhenti di kawasan R&R, Kuantan. Haiqal mengisi perutnya dan membersihkan dirinya di R&R tersebut. Usai Haiqal makan dan ke tandas, dia kembali ke tempat duduknya di dalam bas. Kemudian membiarkan dirinya hanyut ke alam mimpi sebelum sampai ke destinasi yang dituju.
Monday, December 21, 2015
Watak & Perwatakan Silir Daksina
Watak & Perwatakan
Haiqal
1. Berani - Sifat berani haiqal mendorong untuknya bertanya kepada uminya tentang rancangannya untuk ke Johor.
2. Peramah - Haiqal mudah mencapai keserasiannya dengan penduduk kampung disebabkan keramahannya dalam bergaul dengan orang
3. Menghormati yang tua - Walaupun Haiqal telah melukai hati uminya, dia tetap memberutahu pergerakannya dan aktivitinya di Johor sebagai tanda hormatnya kepada ibunya.
4. Berdikari - Haiqal berseorangan menaiki bas dan ke Kampung Seri Purnama.
Ong See Hwa
1. Amanah - See Hwa menghantar manuskrip yang yang dikarang oleh Cikgu Abdullah kepada Haiqal
2. Rajin - See Hwa mengemas rumah Cikgu Abdullah 3 kali seminggu
3. Bersungguh-sungguh - See Hwa bersungguh-sungguh berlatih untuk pertandingan sajak peringkat sekolah.
4. Pemalu - See Hwa akan berbual dengan orang yang dia rapat.
Tauke Ong
1. Amanah - Tauke Ong menyerahkan buku akaun dan segala benda yang telah arwah Abdullah bin Kayan amanahkan kepadanya kepada Haiqal.
2. Bijak menyesuaikan diri - Tauke Ong berbaik dengan seluruh penduduk kampung ketika pertama kali dia bersama keluarganya sampai di Kampung Seri Purnama
3. Bersungguh-sungguh - Tauke Ong bersungguh-sungguh untuk mengusahakan ladang kelapa sawit dan getah milik keluarga Abdullah bin Kayan seterusnya menjadi orang yang berjaya di kampung.
4. Mengenang budi - Ketika Tauke Ong bercerita kepada Haiqal tentang kedatangannya di kampung itu, dia amat berterima kasih kepada keluarga Haiqal kerana banyak membantunya.
Abdullah bin Kayan
1. Baik hati - Abdullah bin Kayan mahu See Hwa menumpangnya kerana mereka menuju ke sekolah yang sama.
2. Bertanggungjawab - Seorang guru yang bertanggungjawab terhadap muridnya dan jawatan yang disandangnya iaitu ketua panitia bahasa Melayu.
3. Tolong-menolong - Cikgu Abdullah membantu See Hwa berlatih untuk pertandingan mendeklamasikan sajak peringkat sekolah.
4. Menyayangi ahli keluarga - Abdullah bi Kayan amat merindui anaknya yang berada di Kuala Terengganu bersama bekas isterinya.
Sinopsis Silir Daksina 5
Bab 5 - rindu
Haiqal amat rindu ayahnya yang telah meninggalkannya. Dia juga amat terkilan apabila tiada memori indah yang dicatatkan bersama-sama ayahnya.
Haiqal membelek-belek lagi manuskrip itu. Pelbagai persoalan yang timbul dalam mindanya tenteng Ai Ling dan Ong See Hwa. Suasana di Seri Purnama tergambar di matanya dan hatinya terpanggil untuk ke sana. Haiqal amat kagum dengan kehebatan ayahnya. Baginya, ayahnya bukan calang-calang orang kerana kehebatannya dalam menari zapin dan memalu kompang. Dia berasa rugi kerana tidak dapat hidup bersama ayahnya.
Dunia umi dan walidnya ialah perniagaan butik dan kilang butik. Uminya mahukan dirinya mengambil alih empayar perniagaannya tetapi Nurul Asiyah yang menunjukkan kesungguhan dan minatnya terhadap perniagaannya.
Haiqal merasakan bahawa dia perlu mempunyai kekuatan untuk berhadapan dengan uminya. Dia tidak pernah membuat keputusan sehinggakan dia benar-benar makan hati dengan sikap uminya.
Sewaktu ayahnya meninggal dunia, dia tidak dapat menatap wajah ayahnya buat kali terakhir kerana menduduki peperiksaan UPSR. Uminya langsung tidak memberikan ruang. Dia berasa sangat sedih. Dia tidak dapat merasai dakapan kasih sayang ayahnya walau hanya seketika.
Segala persoalan tentang umi dan ayahnya masih belum terjawab. Dia risau akan dikatakan biadap jika bertanyakan tentang persoalan-persoalan itu kepada uminya tetapi uminya pernah beritahunya bahawa dia akan mengetahui semuanya setelah dewasa.
Sinopsis Silir Daksina 9
Tauke Ong menepati janjinya. Dia dan anaknya, See Hwa telah terpacul kira-kira pukul 12 tengah hari dihalaman rumah. Haiqal cuba menenangkan dirinya yang gelisah apabila melihat See Hwa. Mereka akan ke pekan untuk makan nasi daun pisang. Haiqal tidaklah terlalu teruja kerana dia tidaklah terlalu cerewet. Namun, Haiqal lebih tertarik dengan senyuman Ong See Hwa sewaktu dia membuka pintu. Ada sepasang lesung pipit sewaktu See Hwa tersenyum.
Sepanjang perjalanan ke pekan, See Hwa hanya berdiamkan diri. Tauke Ong pula mengajukan beberapa soalan kepada Haiqal. Menurut Tauke Ong, Haiqal perlu menguruskan beberapa perkara yang ditinggalkan ayahnya untuknya. Sebelum Haiqal tiba di Kampung Seri Purnama, Tauke Ong telah menjaga amanah arwah ayahnya dengan mengerjakan tanahya di baruh dan di belakang rumah yang telah ditanami dengan pokok kelapa sawit. Haiqal mengucapkan terima kasih kepada Tauke Ong kerana telah menjaga amanahnya. Tauke Ong mengatakan bahawa jasa keluarga arwah ayah Haiqal sangat banyak kepada keluarganya.
Setibanya di sebuah restoran mamak, Tauke Ong mengarahkan Haiqal dan See Hwa turun dan makan disitu. Tauke Ong perlu ke bank atas urusan lain. Sebaik sahaja masuk ke dalam restoran, See Hwa di sapa oleh seorang pelayan lelaki di situ. Kemudian, dia mengajak Haiqal duduk di sebuah meja yang terletak di pojok restoran itu. See Hwa memanggil seorang pelayan di restoran itu. Dia memperkenalkan Haiqal kepada pelayan itu sebelum dia memesan makanan. Setelah itu, merekan bungkam seketika.
Ong See Hwa memulakan bicaranya dahulu dengan memberitahu perkara yang diceritakan oleh Cikgu Abdullah tentang negeri Terengganu. Haiqal pula membalas dengan mengatakan keistimewaan yang terdapat di negeri Johor. Tiba-tiba, Haiqal teringatkan Ratna yang menjadi sebahagian daripada kehidupannya.
Makanan yang mereka pesan telah dihantar oleh salah seorang pekerja di restoran itu. Mereka makan sambil berbual-bual tentang topik yang sepatutnya sahaja. Menurut See Hwa arwah ayah Haiqal pandai memasak. Bagi Haiqal, See Hwa sangat beruntung kerana dia mengisi kekosongan jiwa ayahnya hingga ke akhir hayatnya. Dia yakin bahawa See Hwa banyak meyimpan rahsia hidup ayahnya. Watak Ai Ling yang dilukiskan oleh ayahnya dalam manuskrip itu ialah See Hwa.
Selesai makan, See Hwa mengajak Haiqal ke kedai buku sementara See Hwa memilih-milih novel yang hendak dibelinya, Haiqal mengambil keputusan untuk membeli beberapa buah majalah berkaitan bahasa dan sastera. Setelah itu, See Hwa menunjukkan dua buah novel melayu. See Hwa suka membaca novel melayu dan inggeris. Haiqal dan See Hwa meminati penulis yang sama. Manuskrip yang ditulis ayahnya membuatkannya mengetahui sebahagian tentang gadis itu.
Setibanya di rumah, Haiqal terus menyandarkan tubuhnya di sofa. Seketika kemudian, telefon bimbit Haiqal bergetar beberapa kali. Dia membaca sms yang dihantar oleh Asiyah yang menyatakan kesunyian yang dialaminya. Haiqal amat merindui keluarganya dan Ratna. Baginya, inilah yang dinamakan pengorbanan.