Sebuah balai telah dipasang dan di bawahnya dibina sebuah pentas rendah yang diperbuat daripada kayu dan papan lapis terpakai. Penari-penari zapin pula akan menari dihadapan pentas itu. Ada juga kalangan penduduk kampung itu yang hadir memberikan sokongan atau mencari sedikit hiburan. Jari jemari Haji Salim ligat memetik gambus. Wak Arif pula bertenaga memalu gendang panjang. Pak Cik Bakar dan dua rakannya memalu marwas. Semua pemain zapin telah dimamah usia. Antaranya Pak Cik Tasrif yang bermain arkodian. Haji Sulaiman yang menggesek biola dan Haji Leman memetik gambus bergilir-gilir dengan Haji Salim.
Setelah diajak berkali-kali oleh Pak Cik Bakar dan Haji Salim, akhirnya Haiqal mengalah juga dan memberanikan diri untuk bermain tamborin. Sewaktu Haiqal sedang berehat dan bersembang dengan ahli kumpulan zapin itu, Tauke Ong menyuruhnya untuk mencuba menari pula. Tetapi dia malu dan cuba menolaknya dengan cara yang baik. Haji Salim pula cuba meyakinkan Haiqal untuk menari. Haiqal mara dihambat perasaan gelisah dan tidak pernah terfikir baginya untuk menarikan tarian itu. Dia hanya mahu merasai suasana ketika ayahnya masih hidup dahulu.
Akhirnya, Haiqal akur untuk menari zapin. Jika dia terus berkeras untuk menolak, bimbang Pak Cik Bakar, Haji Selamat , Wak Parmin, Abng Ramlan dan Wak Seman yang bersungguh-sungguh mahu mengajarnya akan berkecil hati pula. Pak Cik Bakar terus menarik tangan Haiqal dan mengarahkan Haiqal mengikut langkah kaki dan lenggok badannya.
Hampir pukuk 12 tengah malam, barulah mereka bersurai dari balai raya itu. Sebelum pulang, mereka singgah ke warung Wak Min. Di situlah Haiqal diajarkan tarian zapin secara teorinya. Tarian ini amat memang memenatkan tetapi unik. Walaupun begiu, anak-anak muda di kampung ini tidak menujukkan minat terhadap persembahan zapin ini. Begitu juga dengan kumpulan kompang. Hidup sekejap, matinya berkurun. Sedih Pak Cik Bakar apabila teringatkan generasi muda yang tidak berminat terhadap kebudayaan yang mewarisi turun temurun.
Pak Cik Bakar memberitahu bahawa ayah Haiqal seorang kelaki yang mempunyai keinginan yang kuat dan luar biasa. Sehinggakan dia sanggup berpisah dengan umi hanya semata-mata kerana kecintaannya terhadap kebudayaan.
Sepetang di rumah Pak Cik Bakat, Haiqal menceritakan tentang semua perkara yang tertulis dalam manuskrip itu. Menurut manuskrip tersebut, ayahnya kata Ai Ling pandai menari zapin. Haiqal agak musykil akan perkara itu. Adakah Ai Ling seperti yang digambarkan oleh ayahnya dalam manuskrip itu ialah See Hwa? Pak Cik Bakar , mencadangkan Haiqal untuk mengenali See Hwa sementara masih berada di kampung ini lagi.
Haiqal terkejut dengan pujian Tauke Ong yang mengatakan dirinya mempunyai kebolehan semula jadi dalam tarian zapin. Langkahnya masih lagi ketara sumbang jika dibandingkan dengan Lazim yang sudah mempunyai asas kukuh dalam latihan zapin itu See Hwa juga datang bersama sama Tauke Ong dan Puan Khei.Setiap kali dia menyusun gerak dan tariannya,dia sedaya upaya mengawal dirinya . Lazim seorang penari zapin jincat yang hebat dan dia juga kini menjadi rakan tari Haiqal yang sentiasa memberikan tunjuk ajar kepadanya.
Sejak kebelakangan ini , Haikal sering tidur agak lewat . Dia teringatkan kata kata Lazim . Pak Cik Bakar dan juga manuskrip sekerat jalan yang ditulis ayahnya . Dia perlu harus mencari peluang untuk mengenali See Hwa kerana bimbing emosi gadis itu akan terganggu apatah lagi itu masih belajar di kolej dan perlu memberikan tumpuannya terhadap pelajarannya . Apakah benar Ai Ling itu See Hwa ? Pertanyaan itu sentiasa sahaja menggelintari benaknya . Andai benar See Hwa pandai menari zapin seperti yang digambarkan dalam manuskrip itu . Mengapakah See Hwa tidak mahu menunjukkan bakatnya itu ?
See Hwa mengajak Haiqal untuk bersiar siar di pantai yang agak terkenal di daerah itu . Mungkin inilah masa yang terbaik untuknya . Dia menyanggupi ajakan See Hwa itu. Petang itu cuaca amat baik. See Hwa memandu kereta ayahnya dengan tenang. Sempat lagi Haiqal bergurau ketika itu dan membuatkan See Hwa ketawa agak kuat. See Hwa memarkirkan keretanya di tempat letak kereta yang disediakan di situ. Haiqal teringatkan Pantai Batu Buruk apabila dia melepaskan pandangannya ke pantai. Teringatkan juga Ratna yang kini kian menyepikan diri. Mungkin juga gadis itu terlalu sibuk menguruskan perniagaannya.
Haiqal tidak membantah apabila See Hwa mengajaknya berjalan-jalan di tepi pantai. Menurut See Hwa, pantai ini dahulu merupakan tempat riadah yang terkenal di daerah ini. Kini pantai ini menjadi mangsa hakisan ombak yang teruk. Bahagian tepi pantai ini terpaksa ditahan dengan bongkah-bongkah batu besar untuk mengelakkan hakisan. Sesekali See Hwa mencecahkan kakinya ke air. See Hwa mangatakan pantai ini terlalu istimewa untuk ayah Haiqal . Tambahnya lagi, ayah Haiqal juga pernah mengajaknya ke pantai ini dan bercerita tentang Haiqal. Jika Haiqal tidak balik ke sini, mungkin suatu hari nanti See Hwa pula akan ke Kuala Terengganu untuk mencari Haiqal. Haiqal membatu seketika. Segala yang tertulis dalam manuskrip itu adalah sesuatu yang nyata. Kesudahan manuskrip itu adalah sesuatu yang nyata. Kesudahan manuskrip yang tergantung itu perlu disempurnakan. Tetapi Haiqal tidak tahu begaimanakah akan kesudahannya.
Monday, December 21, 2015
Sinopsis Silir Daksina 14
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment