Wednesday, December 30, 2015
Sinopsis Silir daksina 4
Ratna kelihatan hairan dengan kedatangan Haiqal di gerainya pada malam itu.Ratna mengambil pesanan daripada Haiqal sebelum datang membawa numan yang dipesan oleh Haiqal dan dirinya.Ratna bertanya kepada Haiqal,apakah masalah yang dihadapinya kerana mukanya tidak seceria selalu.Haiqal menceritakan kepada Ratna tentang kandungan manuskrip itu dan dia berasa bingung dengan aksara yang bakal lahir.Ratna mencadangkan kepada Haiqal supaya bertanya kepada umi kerana hanya umi yang mempunyai jawapannya.Haiqal kemudian menikmati makan malamnya.
Ratna memberitahu Haiqal hasratnya untuk menutup kedai awal kerana kehabisan bahan memasak.Haiqal sempat mengusik Ratna .Ratna tersipu malu.Haiqal memberitahu Ratna bahawa dia tidak mahu membuat uminya marah lagi.Ratna menasihati Haiqal supaya fikir masak-masak sebelum membuat keputusan .Haiqal mengucapkan terima kasih sebelum pulang.
Sunday, December 27, 2015
Tema Silir Daksina
Pengorbanan anak muda untuk mempertahankan warisan seni kebudayaan dan kesasteraan demi memenuhi amanah arwah ayahnya.
Buktinya:
1.Haiqal tetap pergi ke kampung halaman ayahnya walau dihalang oleh uminya untuk mencari kehidupan yang dihadapi oleh ayahnya,Abdullah bin Kayan.
2.Haiqal sanggup mempelajari tentang seni kesasteraan dan kebudayaan demi memenuhi amanah arwah ayahnya.
3.Haiqal sentiasa mencari jalan untuk menyambung manuskrip yang ditulis oleh ayahnya,iaitu mewujudkan Aksara kembali kerana dia perlu menjadi seperti ayahnya.
Sinopsis Silir Daksina 12
Friday, December 25, 2015
Sinopsis Silir Daksina 7
Selepas bas yang dinaiki oleh Haiqal meninggalkan stesten bas, kedengaran gelak tawa darpida para penumpang kerana menonton sebuah filem melayu tetapi Haiqal belum tertarik minatnya untuk menonton. Haiqal teringat kembali suasana sayu tatkala dia meninggalkan keluarganya. Hanya walidnya serta adik tirinya sahaja yang mengiringinya keluar dari rumah sebelum Haiqal menaiki kereta Ratna. Uminya langsung tidak melihat pemergian Haiqal. Ketika mereka berdua menunggu bas, Haiqal berusaha untuk meyakinkan Ratna bahawa dia akan kembali.
Ketika Haiqal dalam perjalanan, Haiqal dapat melihat pelbagai panaroma indah yang hanya dapat disaksikan pada waktu malam. Perlahan-lahan suasana di dalam bas bertukar sunyi kerana para penumpang lena dibuai mimpi. Haiqal juga semakin lena tidurnya selepas dikenakan suhu yang rendah terhdap dirinya. Pada jam dua belas malam, bas berhenti di kawasan R&R, Kuantan. Haiqal mengisi perutnya dan membersihkan dirinya di R&R tersebut. Usai Haiqal makan dan ke tandas, dia kembali ke tempat duduknya di dalam bas. Kemudian membiarkan dirinya hanyut ke alam mimpi sebelum sampai ke destinasi yang dituju.
Monday, December 21, 2015
Watak & Perwatakan Silir Daksina
Watak & Perwatakan
Haiqal
1. Berani - Sifat berani haiqal mendorong untuknya bertanya kepada uminya tentang rancangannya untuk ke Johor.
2. Peramah - Haiqal mudah mencapai keserasiannya dengan penduduk kampung disebabkan keramahannya dalam bergaul dengan orang
3. Menghormati yang tua - Walaupun Haiqal telah melukai hati uminya, dia tetap memberutahu pergerakannya dan aktivitinya di Johor sebagai tanda hormatnya kepada ibunya.
4. Berdikari - Haiqal berseorangan menaiki bas dan ke Kampung Seri Purnama.
Ong See Hwa
1. Amanah - See Hwa menghantar manuskrip yang yang dikarang oleh Cikgu Abdullah kepada Haiqal
2. Rajin - See Hwa mengemas rumah Cikgu Abdullah 3 kali seminggu
3. Bersungguh-sungguh - See Hwa bersungguh-sungguh berlatih untuk pertandingan sajak peringkat sekolah.
4. Pemalu - See Hwa akan berbual dengan orang yang dia rapat.
Tauke Ong
1. Amanah - Tauke Ong menyerahkan buku akaun dan segala benda yang telah arwah Abdullah bin Kayan amanahkan kepadanya kepada Haiqal.
2. Bijak menyesuaikan diri - Tauke Ong berbaik dengan seluruh penduduk kampung ketika pertama kali dia bersama keluarganya sampai di Kampung Seri Purnama
3. Bersungguh-sungguh - Tauke Ong bersungguh-sungguh untuk mengusahakan ladang kelapa sawit dan getah milik keluarga Abdullah bin Kayan seterusnya menjadi orang yang berjaya di kampung.
4. Mengenang budi - Ketika Tauke Ong bercerita kepada Haiqal tentang kedatangannya di kampung itu, dia amat berterima kasih kepada keluarga Haiqal kerana banyak membantunya.
Abdullah bin Kayan
1. Baik hati - Abdullah bin Kayan mahu See Hwa menumpangnya kerana mereka menuju ke sekolah yang sama.
2. Bertanggungjawab - Seorang guru yang bertanggungjawab terhadap muridnya dan jawatan yang disandangnya iaitu ketua panitia bahasa Melayu.
3. Tolong-menolong - Cikgu Abdullah membantu See Hwa berlatih untuk pertandingan mendeklamasikan sajak peringkat sekolah.
4. Menyayangi ahli keluarga - Abdullah bi Kayan amat merindui anaknya yang berada di Kuala Terengganu bersama bekas isterinya.
Sinopsis Silir Daksina 5
Bab 5 - rindu
Haiqal amat rindu ayahnya yang telah meninggalkannya. Dia juga amat terkilan apabila tiada memori indah yang dicatatkan bersama-sama ayahnya.
Haiqal membelek-belek lagi manuskrip itu. Pelbagai persoalan yang timbul dalam mindanya tenteng Ai Ling dan Ong See Hwa. Suasana di Seri Purnama tergambar di matanya dan hatinya terpanggil untuk ke sana. Haiqal amat kagum dengan kehebatan ayahnya. Baginya, ayahnya bukan calang-calang orang kerana kehebatannya dalam menari zapin dan memalu kompang. Dia berasa rugi kerana tidak dapat hidup bersama ayahnya.
Dunia umi dan walidnya ialah perniagaan butik dan kilang butik. Uminya mahukan dirinya mengambil alih empayar perniagaannya tetapi Nurul Asiyah yang menunjukkan kesungguhan dan minatnya terhadap perniagaannya.
Haiqal merasakan bahawa dia perlu mempunyai kekuatan untuk berhadapan dengan uminya. Dia tidak pernah membuat keputusan sehinggakan dia benar-benar makan hati dengan sikap uminya.
Sewaktu ayahnya meninggal dunia, dia tidak dapat menatap wajah ayahnya buat kali terakhir kerana menduduki peperiksaan UPSR. Uminya langsung tidak memberikan ruang. Dia berasa sangat sedih. Dia tidak dapat merasai dakapan kasih sayang ayahnya walau hanya seketika.
Segala persoalan tentang umi dan ayahnya masih belum terjawab. Dia risau akan dikatakan biadap jika bertanyakan tentang persoalan-persoalan itu kepada uminya tetapi uminya pernah beritahunya bahawa dia akan mengetahui semuanya setelah dewasa.
Sinopsis Silir Daksina 9
Tauke Ong menepati janjinya. Dia dan anaknya, See Hwa telah terpacul kira-kira pukul 12 tengah hari dihalaman rumah. Haiqal cuba menenangkan dirinya yang gelisah apabila melihat See Hwa. Mereka akan ke pekan untuk makan nasi daun pisang. Haiqal tidaklah terlalu teruja kerana dia tidaklah terlalu cerewet. Namun, Haiqal lebih tertarik dengan senyuman Ong See Hwa sewaktu dia membuka pintu. Ada sepasang lesung pipit sewaktu See Hwa tersenyum.
Sepanjang perjalanan ke pekan, See Hwa hanya berdiamkan diri. Tauke Ong pula mengajukan beberapa soalan kepada Haiqal. Menurut Tauke Ong, Haiqal perlu menguruskan beberapa perkara yang ditinggalkan ayahnya untuknya. Sebelum Haiqal tiba di Kampung Seri Purnama, Tauke Ong telah menjaga amanah arwah ayahnya dengan mengerjakan tanahya di baruh dan di belakang rumah yang telah ditanami dengan pokok kelapa sawit. Haiqal mengucapkan terima kasih kepada Tauke Ong kerana telah menjaga amanahnya. Tauke Ong mengatakan bahawa jasa keluarga arwah ayah Haiqal sangat banyak kepada keluarganya.
Setibanya di sebuah restoran mamak, Tauke Ong mengarahkan Haiqal dan See Hwa turun dan makan disitu. Tauke Ong perlu ke bank atas urusan lain. Sebaik sahaja masuk ke dalam restoran, See Hwa di sapa oleh seorang pelayan lelaki di situ. Kemudian, dia mengajak Haiqal duduk di sebuah meja yang terletak di pojok restoran itu. See Hwa memanggil seorang pelayan di restoran itu. Dia memperkenalkan Haiqal kepada pelayan itu sebelum dia memesan makanan. Setelah itu, merekan bungkam seketika.
Ong See Hwa memulakan bicaranya dahulu dengan memberitahu perkara yang diceritakan oleh Cikgu Abdullah tentang negeri Terengganu. Haiqal pula membalas dengan mengatakan keistimewaan yang terdapat di negeri Johor. Tiba-tiba, Haiqal teringatkan Ratna yang menjadi sebahagian daripada kehidupannya.
Makanan yang mereka pesan telah dihantar oleh salah seorang pekerja di restoran itu. Mereka makan sambil berbual-bual tentang topik yang sepatutnya sahaja. Menurut See Hwa arwah ayah Haiqal pandai memasak. Bagi Haiqal, See Hwa sangat beruntung kerana dia mengisi kekosongan jiwa ayahnya hingga ke akhir hayatnya. Dia yakin bahawa See Hwa banyak meyimpan rahsia hidup ayahnya. Watak Ai Ling yang dilukiskan oleh ayahnya dalam manuskrip itu ialah See Hwa.
Selesai makan, See Hwa mengajak Haiqal ke kedai buku sementara See Hwa memilih-milih novel yang hendak dibelinya, Haiqal mengambil keputusan untuk membeli beberapa buah majalah berkaitan bahasa dan sastera. Setelah itu, See Hwa menunjukkan dua buah novel melayu. See Hwa suka membaca novel melayu dan inggeris. Haiqal dan See Hwa meminati penulis yang sama. Manuskrip yang ditulis ayahnya membuatkannya mengetahui sebahagian tentang gadis itu.
Setibanya di rumah, Haiqal terus menyandarkan tubuhnya di sofa. Seketika kemudian, telefon bimbit Haiqal bergetar beberapa kali. Dia membaca sms yang dihantar oleh Asiyah yang menyatakan kesunyian yang dialaminya. Haiqal amat merindui keluarganya dan Ratna. Baginya, inilah yang dinamakan pengorbanan.
Sinopsis Silir Daksina 13
Bab 13- sinar harapan
PaK Cik Bakar telah pun menyampaikan perkara itu kepada ketua kampung Seri Purnama, Haji Jamil. Haji Jamil telah bersetuju untuk mengadakan satu pertemuan dengan ahli JKKK dalam masa yang terdekat. Perkara itu segera disampaikan kepada See Hwa oleh Haiqal. Kemudian, See Hwa berjanji untuk menunaikan amanah arwah ayah Haiqal dengan menyerahkan beberapa buah buku yang ditulis oleh arwah. Haiqal mengucapkan terima kasih sebaik sahaja menerima buku itu.
Menurut gadis yang fasih berbahasa melayu itu, ayah Haiqal sangat baik dan sangat perahsia. Dia tidak pernah menceritakan masalah kesihatan yang dialaminya. Arwah datuk dan ayah Haiqal juga banyak membantu keluarga See Hwa dan menganggap mereka seperti keluarga sendiri. See Hwa akan membantu Haiqal qwalau apapun yang dia usahakan kerana itu pesanan arwah ayahnya kepadanya. Arwah sangat sayang akan Haiqal. Haiqal mengucapkan terima kasih atas kebaikan See Hwa.
Mereka rancak berbual-bual sehinggalah kepulangan Tauke Ong. Tauke Ong memuji cadangan Haiqal untuk menghidupkan kumpulan zapin D'Purnama semula. Bagi Haiqal, bukan mudah untuk menghidupkan kumpulan zapin ini semula. Haiqal bimbang tentang kekurangan penari zapin tetapi Tauke Ong mengatakan bahawa beberapa orang anak muda di kampung itu berkebolehan dalam tarian zapin. Suasana di rumah Tauke Ong menjadi meriah apabila Tauke Ong dan Puan Khei bergurau. Haiqal tidak berasa kekok di tengah-tengah keluarga itu. Dia juga senang meluahkan konfliknya kepada See Hwa. See Hwa menasihatinyaagar banyak bersabar dan tabah menghadapi rintangan itu.
Kemudian, mereka berbual pula tentang bakat menulis yang ada pada Haiqal. Mernurut arwah ayah Haiqal, jika kita mensia-siakan bakat yang dikurniakan tuhan, ini seolah-olah kita mengkhianatinya. See Hwa mengingatkan Haiqal untuk tidak mensia-siakan bakat yang ada. Abdullah Bin Kayan akan memberikan manuskrip yang telah disiapkannya kepada See Hwa.itulah yang menyebabkan See Hwa fasih berbahasa melayu.
Setelah itu, Haiqal menghabiskan masanya di rumah dengan membaca novel-noveldan antologi cerpen tulisa arwah ayahnya. Kebanyakan cerpen ayahnya berkisar tenteng dunia keguruan, kehidupan masyarakat setempat dan kebudayaan di situ. Dia amat mengagumi bakat keperangan yang dimiliki oleh ayahnya. Ketika dia asyik membaca novel karya ayahnya, Pak Cik Bakar datang kerumahnya untuk mengundangnya See Hwa dan Tauke Ong tentang zapin di balai raya. Haiqal segera memaklumkan tentang perkara itu kepada See Hwa. Kemudian dia duduk di anak tangga dan memikirkan masa depannya selepas mendapat keputusan STPM. Dia bercita-cita untuk menjadi seorang guru seperti arwah ayanyan.
Ketika di balai ray, Haiqal duduk bersebelahan Pak Cik Bakar. Haiji Jamil meminta persetujuan pendudukvkampung untuk menghiduakan kumpulan zapin D'purnama semula. Semua penduduk kampung bersetuju untuk menerima cadangan itu. Haiqal berasa sangat lega. Haji Jamil mengaharapkan kerjasama daripada penduduk kampung kerana inilah salah satu cara untuk mengenang jasa Cikgu Abdullah. Malam itu juga pembahagian tugas sempena majlid itu dilakukan. Haji Jamil akan mengundang Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan itu sebagai tetamu.
Haiqal tidak terus pulang. Dia sempat berbual dengan Pak Cik Bakar dan Haji Salam tentang ayahnya dan aksara. Sejak ayahnya meninggal dunia, aksara seperti hilang hala tuju. Ketokohan ayahnya dalam bidang kesusateraan telah diiktiraf oleh kerajaan negeri. Menurut Haji Salim, ayah Haiqal seorang yang cekal. Keazamannya terlalu kuat dan sentiasa membara
Nilai Murni Silir Daksina
1) kasih sayang - Haiqal amat menyayangi umi dan walidnya walaupun dia tahu bahawa walidnya bukan bapa kandungnya .
2) keprihatinan - Ai Ling bertanya khabar gurunya apabila mendapati kesihatan gurunya tidak seperti dahulu
3) amanah - Tauke Ong menjaga amanah yang diberikan oleh arwah cikgu Abdullah sebelum Haiqal tiba di Kampung SerI Purnama .
4)baik hati - See Hwa akan membantu Haiqal walau apa sahaja yang dia usahakan
5) ketabahan - Abdullah bin Kayan tabah apabila dia tidak berjaya membawa Haiqal tinggal bersamanya di Kampung Seri Purnama .
Pengajaran Silir Daksina
1) kita mestilah menyayangi ahli keluarga kita terutamanya ibu dan ayah kerana mereka telah banyak berkorban untuk kita
#Haiqal amat menyayangi ahli keluarganya meskipun dia mendapat tahu bahawa walidnya bukan bapa kandungnya dan Nurul Asiyah hanyalah adik tirinya .
2) kita perlulah tabah dan cekal dengan ujian yang dihadapi dalam hidup
#ayah Haiqal sabar , cekal dan tabah apabila dia tidak berjaya membawa anaknya, Haiqal tinggal bersamanya di Kampung Seri Purnama .
3) kita wajarlah prihatin tentang keadaan orang yang berada di sekeliling kita .
# Ai Ling bertanya tentang kesihatan gurunya apabila mendapati badan gurunya semakin kurus dan urat-urat di kepala gurunya timbul
4) kita mestilah menghargai jasa yang diberikan oleh orang lain kepada kita
# See Hwa tidak mengharapkan kebaikan yang diberikan kepada Haiqal dibalas tetapi cukuplah sekadar Haiqal menghargai kebaikannya
5) kita haruslah menghormati orang yang lebih tua walau dimanapun kita berada
#anak-anak muda di Kampung Seri Purnama akan bersalaman dengan semua yang berada di warung Wak Min sebelum mereka duduk di meja lain.
Sinopsis Silir Daksina 15
Balai raya yang sebelum ini sepi dan seolah-olah mati, kembali berseri. Petang tadi, Haiqal membantu kerja-kerja memperkemaskan balai raya. Tidak terkecuali, See Hwa yang sama-sama mengemas bahagian dalam balai raya itu agar kelihatan cantik dan rapi. Penduduk kampung sibuk bergotong-royong memasak nasi jagung, kurma daging kambing dan daging lembu, ayam masak merah serta dalca untuk hidangan para tetamu. Seminggu sebelum acara persembahan dilangsungkan , Haiqal memaklumkan kepada walidnya tentang zapin jincat dan meminta walid, umi dan Nurul Aisyah mendoakannya agar dia dapat mempersembahkan tarian itu dengan sebaik mungkin. Berita yang amat mengejutkan apabila Lazim ditimpa kemalangan jalan raya sewaktu pulang dari kerja dan dia tidak dapat menari. Pak Cik Bakar kelihatan resah dan bimbang kerana sudah tiada masa lagi untuk menukar dan berlatih dengan pasangan baru dalam persembahan itu. Haiqal dan Lazim sememangnya pasangan tarian yang serasi kerana masing-masing dapat membaca gerak dan langkah. Haji Salim mencadangkan See Hwa untuk menggantikan tempat Lazim kerana dulu sewaktu masih budak-budak See Hwa selalu berpasangan dengan Lazim. Haiqal diminta oleh Haji Salim untuk memujuk See Hwa. Selepas solat maghrib dia langsung ke rumah Tauke Ong. Haiqal berasa terkejut apabila melihat pakaian yang digosok oleh See Hwa ialah baju zapin. See Hwa berterus terang dengan Haiqal bahawa pada malam ini dia dan Lazim ingin membuat kejutan untuknya. Ini semuanya rancangan Pak Cik Bakar dan Haji Salim tetapi telah berubah. Haiqal memujuk dan berharap See Hwa menggantikan Lazim dan gadis itu bersetuju. Pada malam itu, persembahan zapin D'Purnama berjalan dengan baik dan lancar. Walid , umi , dan Nurul Aisyah turut sama hadir bagi menyokongnya. Haiqal berasa sangat terharu dengan kehadiran meraka.
Sinopsis Silir Daksina 16
Haiqal meninggalkan bumi semenanjung untuk menimba ilmu di sebuah universiti yang terletak di Bumi Kenyalang . Haiqal harus berani untuk membuat keputusan . Dahulu umi memang mendendami ayah tetapi telah terlebur apabila dia datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal menari. Uminya akhirnya sedar bahawa darah merah yang mengalir dalam tubuh Haiqal ialah darah Abdullah bin Kayan.
Ratna kini telah mengikat tali pertunangan dengan seorang usahawan muda yang sanggup menjadi rakan kongsi dan rakan hidupnya . Mereka akam berkahwim pada penghujung tahun ini juga.
See Hwa pula sangat sedih ketika kakiku melangkah meninggalkan Kamoung Seri Purnama. Dia sentiasa kelihatan menawan. Tauke Ong meminta Haiqal untuk kembali ke kamoung itu semula tetapi dia tidak mampu untuk berjanji.
Haiqal perlu menjadi seperti mana ayahnya untuk mewujudkan Aksara kembali. Dia belum ada apa-apa yang melayakkannya untuk memimpin Aksara kerana terlalu kecil dan kerdil. Manuskrip lama masih kemas dalam simpanannya. Tidak ada apa-apa yang berubah. Baginya, manuskrip lama tanpa judul itu mewakili suatu perjalanan masa. Silir Daksina benar-benar mendamaikan.
Sinopsis Silir Daksina 14
Sebuah balai telah dipasang dan di bawahnya dibina sebuah pentas rendah yang diperbuat daripada kayu dan papan lapis terpakai. Penari-penari zapin pula akan menari dihadapan pentas itu. Ada juga kalangan penduduk kampung itu yang hadir memberikan sokongan atau mencari sedikit hiburan. Jari jemari Haji Salim ligat memetik gambus. Wak Arif pula bertenaga memalu gendang panjang. Pak Cik Bakar dan dua rakannya memalu marwas. Semua pemain zapin telah dimamah usia. Antaranya Pak Cik Tasrif yang bermain arkodian. Haji Sulaiman yang menggesek biola dan Haji Leman memetik gambus bergilir-gilir dengan Haji Salim.
Setelah diajak berkali-kali oleh Pak Cik Bakar dan Haji Salim, akhirnya Haiqal mengalah juga dan memberanikan diri untuk bermain tamborin. Sewaktu Haiqal sedang berehat dan bersembang dengan ahli kumpulan zapin itu, Tauke Ong menyuruhnya untuk mencuba menari pula. Tetapi dia malu dan cuba menolaknya dengan cara yang baik. Haji Salim pula cuba meyakinkan Haiqal untuk menari. Haiqal mara dihambat perasaan gelisah dan tidak pernah terfikir baginya untuk menarikan tarian itu. Dia hanya mahu merasai suasana ketika ayahnya masih hidup dahulu.
Akhirnya, Haiqal akur untuk menari zapin. Jika dia terus berkeras untuk menolak, bimbang Pak Cik Bakar, Haji Selamat , Wak Parmin, Abng Ramlan dan Wak Seman yang bersungguh-sungguh mahu mengajarnya akan berkecil hati pula. Pak Cik Bakar terus menarik tangan Haiqal dan mengarahkan Haiqal mengikut langkah kaki dan lenggok badannya.
Hampir pukuk 12 tengah malam, barulah mereka bersurai dari balai raya itu. Sebelum pulang, mereka singgah ke warung Wak Min. Di situlah Haiqal diajarkan tarian zapin secara teorinya. Tarian ini amat memang memenatkan tetapi unik. Walaupun begiu, anak-anak muda di kampung ini tidak menujukkan minat terhadap persembahan zapin ini. Begitu juga dengan kumpulan kompang. Hidup sekejap, matinya berkurun. Sedih Pak Cik Bakar apabila teringatkan generasi muda yang tidak berminat terhadap kebudayaan yang mewarisi turun temurun.
Pak Cik Bakar memberitahu bahawa ayah Haiqal seorang kelaki yang mempunyai keinginan yang kuat dan luar biasa. Sehinggakan dia sanggup berpisah dengan umi hanya semata-mata kerana kecintaannya terhadap kebudayaan.
Sepetang di rumah Pak Cik Bakat, Haiqal menceritakan tentang semua perkara yang tertulis dalam manuskrip itu. Menurut manuskrip tersebut, ayahnya kata Ai Ling pandai menari zapin. Haiqal agak musykil akan perkara itu. Adakah Ai Ling seperti yang digambarkan oleh ayahnya dalam manuskrip itu ialah See Hwa? Pak Cik Bakar , mencadangkan Haiqal untuk mengenali See Hwa sementara masih berada di kampung ini lagi.
Haiqal terkejut dengan pujian Tauke Ong yang mengatakan dirinya mempunyai kebolehan semula jadi dalam tarian zapin. Langkahnya masih lagi ketara sumbang jika dibandingkan dengan Lazim yang sudah mempunyai asas kukuh dalam latihan zapin itu See Hwa juga datang bersama sama Tauke Ong dan Puan Khei.Setiap kali dia menyusun gerak dan tariannya,dia sedaya upaya mengawal dirinya . Lazim seorang penari zapin jincat yang hebat dan dia juga kini menjadi rakan tari Haiqal yang sentiasa memberikan tunjuk ajar kepadanya.
Sejak kebelakangan ini , Haikal sering tidur agak lewat . Dia teringatkan kata kata Lazim . Pak Cik Bakar dan juga manuskrip sekerat jalan yang ditulis ayahnya . Dia perlu harus mencari peluang untuk mengenali See Hwa kerana bimbing emosi gadis itu akan terganggu apatah lagi itu masih belajar di kolej dan perlu memberikan tumpuannya terhadap pelajarannya . Apakah benar Ai Ling itu See Hwa ? Pertanyaan itu sentiasa sahaja menggelintari benaknya . Andai benar See Hwa pandai menari zapin seperti yang digambarkan dalam manuskrip itu . Mengapakah See Hwa tidak mahu menunjukkan bakatnya itu ?
See Hwa mengajak Haiqal untuk bersiar siar di pantai yang agak terkenal di daerah itu . Mungkin inilah masa yang terbaik untuknya . Dia menyanggupi ajakan See Hwa itu. Petang itu cuaca amat baik. See Hwa memandu kereta ayahnya dengan tenang. Sempat lagi Haiqal bergurau ketika itu dan membuatkan See Hwa ketawa agak kuat. See Hwa memarkirkan keretanya di tempat letak kereta yang disediakan di situ. Haiqal teringatkan Pantai Batu Buruk apabila dia melepaskan pandangannya ke pantai. Teringatkan juga Ratna yang kini kian menyepikan diri. Mungkin juga gadis itu terlalu sibuk menguruskan perniagaannya.
Haiqal tidak membantah apabila See Hwa mengajaknya berjalan-jalan di tepi pantai. Menurut See Hwa, pantai ini dahulu merupakan tempat riadah yang terkenal di daerah ini. Kini pantai ini menjadi mangsa hakisan ombak yang teruk. Bahagian tepi pantai ini terpaksa ditahan dengan bongkah-bongkah batu besar untuk mengelakkan hakisan. Sesekali See Hwa mencecahkan kakinya ke air. See Hwa mangatakan pantai ini terlalu istimewa untuk ayah Haiqal . Tambahnya lagi, ayah Haiqal juga pernah mengajaknya ke pantai ini dan bercerita tentang Haiqal. Jika Haiqal tidak balik ke sini, mungkin suatu hari nanti See Hwa pula akan ke Kuala Terengganu untuk mencari Haiqal. Haiqal membatu seketika. Segala yang tertulis dalam manuskrip itu adalah sesuatu yang nyata. Kesudahan manuskrip itu adalah sesuatu yang nyata. Kesudahan manuskrip yang tergantung itu perlu disempurnakan. Tetapi Haiqal tidak tahu begaimanakah akan kesudahannya.
Sunday, December 13, 2015
Sinopsis Silir Daksina 3
Secangkir kopi o pekat menjadi penemanku untuk bersengkang mata sehingga dinihari. Aku teringatkan anak kecil itu tadi. Aku tertarik hati melihat dia mengikut rentak tari penari-penari yang sedang berlatih menari dengan gembira. Apabila menyedari aku memerhatikannya, dia tersipu-sipu dan dia segera berlari mendapatkan ayahnya. Keletahnya amat menghiburkan aku.
Bunyi alat-alat muzik yang saling bertingkah enak untuk didengar. Irama berentak jingcat, masri,melayu dan alip-alip yang silih berganti amat mengasyikkan. Aku mengagumi rakan-rakan sebayaku yang gigih berlatih menari zapin. Golongan vateran di kampungku amat bersungguh-sungguh mengajarkan tarian zapin kepada generasi muda. Aku akan datang ke balai raya untuk belajar meskipun aku tidak mahir menari zapin. Selesai berlatih zapin, kami akan duduk di warung Pak Dolah untuk bersembang-sembang.
Suatu malam sebelum aku pulang ke rumah , aku berborak-borak dengan Tauke Lim . Tauke Lim sempat bergurau denganku membuatkan aku ketawa . Aku terus memuji Ai Ling yang mempunyai bakat dalam tarian zapin . Aku bercadangkan kepada Tauke Lim untuk membenarkan Ai Ling menyertai kumpulan zapin kanak-kanak yang sedang aku asuh sekarang tetapi Ai Ling seorang yang sangat pemalu .
Sebenarnya apabila teringat Ai Ling , aku akan teringat Aiman yang seusia dengannya . Terubat rinduku terhadap Aiman Apabila melihat Ai Ling . Ai Ling bukan sahaja periang malah manja .
Kopi yang telah ku bancuh tadi kini ku hirup. Mataku payah hendak lelap sejak kebelakangan ini. Kadang-kadang aku melaksanakan tugas, bersembang dengan Tauke Lim atau menulis puisi atau cerpen. Ilham adakalanya datang dan adakalanya tiada.
Aku melihat kearah rumah Tauke Lim . Tanah yang didiaminya sebenarnya dibeli daripada arwah ayahku yang pada asalnya tanah itu merupakan kebun getah yang terbiar . Suatu petang , Tauke Lim bertemu dengan ayahku dan berbual-bual tentang kebun getah milik ayah . Sebelah malamnya pula , ayah memberitahu ibu tentang kehadiran Tauke Lim ke sini . Ayah juga bercerita tentang Tauke Lim sebelum dia ke kampung ini .
Hubungan ayah dan Tauke Lim bertambah akrab. Dia akan membawa keluarganya ke rumahku jika ada masa lapang dengan membawa buah tangan. Tauke Lim amat rajin. Dia dan isterinya akan menoreh getah pada sebelah pagi dan meronda untuk meraih hasil-hasil kampung untuk dijual pada sebelah petang. Hasil kegigihannya,Tauke Lim dapat mengumpulkan wang dan membeli setengah ekar kebun getah ayah untuk dijadikan tapak rumah yang kekal sehingga hari ini.
Dalam diam , sudah hampir lapan belas tahun Tauke Lim menetap di desa ini . Anak sulungnya kini sedang melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dan Ai Ching akan menduduki peperiksaan SPM . Tauke Lim betah tinggal di desa ini kerana hidupnya sekeluarga seperti orang melayu . Arwah ayahku amat menyayangi Ai Ling dan Ai Ching . Ayahku menganggap mereka seperti cucu sendiri kerana merekalah tempat ayah menumpahkan kasih sejak emak tiada . Aku teringatkan Aiman . Nostalgia itu terlalu menyentuh hatiku .
Pagi yang kelihatan pucat . Tauke Lim , Ai Ching dan Ai Ling datang ke rumahku untuk memintaku menumpangkan anak-anaknya ke sekolah dan memintaku membelikan bateri kereta . Aku menerima mereka dengan senyuman . Anak-anak Tauke Lim bersekolah di sekolah kebangsaan kerana Tauke Lim berpendapat bahawa sekolah melayu dan sekolah cina sama saja . Perkara yang penting ialah mereka belajar dan rajin . Aku memulakan perbualan dengan Ai Ling dengan mengajaknya menumpangku ke sekolah . Ai Ling menolak dengan baik kerana tidak mahu menyusahkanku . Ai Ling berjanji untuk meminta izin daripada ibu bapanya setelah aku cuba untuk mendapatkan kebenaran untuk Ai Ling menumpangku ke sekolah .
Tiba di sekolah, Ai Ling berjalan agak pantas menuju ke bangunan kantin setelah mengucapkan terima kasih kepadaku . Ingatanku terhadap Aiman kembali menyerang . Jeritan loceng telah menyentap lamunanku . Aku mengeluarkan barang-barangku dari perut kereta menuju ke bilik guru .
Hanya aku dan cikgu Tipah sahaja di dalam bilik guru itu cikgu tipah menanda buku pelajarnya sambil membebel . Aku hanya mendengar dan bercakap tentang pelajar-pelajar zaman sekarang . Ketika aku asyik menyemak minit mesyuarat , cikgu Tipah bercakap tentang Ai Ling . Menurut cikgu Tipah , Ai Ling berminat hendak belajar Pendidikan Agama Islam dan lebih suka membaca buku kisah nabi dan rasul serta tokoh-tokoh islam . Bagiku, ini merupakan satu permulaan yang baik untuk aku mendekatinya .
Aku membantu Tauke Lim menukar bateri keretanya. Keadaan berlecak di tempat letak kereta rumah Tauke Lim menyebabkan ketidakselesaan ketika sedang menukar bateri kereta itu. Tauke Lim sendiri mahu membuat rumah kereta supaya keadaan itu dapat dielakkan. Aku juga ada bergurau dengan Tauke Lim supaya menukar kereta. Sifat jimat cermat yg ada pada diri tauke lim membuatkan pada fikirannya ia hanya membazir kerana dia tidak berjalan jauh.Selapas itu, Tauke Lim mengajak Aku utk ke pekan. Aku terlihat senyuman Ai Ling semasa mengundurkan kereta namun senyuman Aiman juga yg lebih manis berbanding senyuman Ai Ling. Sesampai mereka di kedai mamak itu, mereka dapat melihat kedai itu sesak kerana kedai itu berdekatan dengan kawasan perindustrian. Tauke Lim bertanya kepada Aku tentang Aku yg mengajak Ai Ling tumpang menaiki keretanya utk ke sekolah. Tauke Lim segan kerana keluarga Aku banyak membantu keluarganya. Aku menyatakan kesunyiannya kerana tiada keluarga di sisi. Aku tidak mahu suasana menjadi hiba lalu bertanya kepada Tauke Lim sama ada keluarganya dapat menghadirkan diri mereka utk ke latihan zapin dan kompang kerana Aku tidak dapat mengikutinya. Keluarga Tauke Lim semestinya menghadirinya kerana mereka amat meminati seni kebudayaan.
Aku melangkah pantas ke tempat letak kereta,akusudah terlewat kerana berbincang dengan Cikgu Zanariah,guru bertanggngjawab untuk mengurus pertandingan puisi.Aku lihat Ai Ling tergolong dalam senarai nama murid yang memasuki pertandingan.Ketika itu,Ai Ling sedang menunggunya sambil membaca buku puisi.Ai Ling suka berpuisi tapi dia takut untuk bertanding kerana tidak pernah menyertainya sebelum ini .Aku menyarankannya untuk belajar dia belajar denganku.Petang itu,Ai Ling datang ke rumahku bersama Ai Ching.Aku meminta Ai Ling membaca sajak yang dipilih berulang kali manakala Ai Ching membaca majalah yang berada di atas meja .Setelah berpuas hati dengan kelancaran Ai Ling,aku menyuruh dia berdiri untuk menguji pernafasannya.Aku mengingatkannya supaya tidak berputus asa untuk melakukan perkara tersebut.Ai Ling berterima kasih denganku kerana mengajarnye.Setelah itu,mereka pulang.
(V)
Kemenangan Ai Ling dalam mendeklamasikan sajak menjadi buah mulut penduduk kampung.Tauke Lim telah belanja pelanggan di Warung Pak Dolah asbab kemenangan anaknya.Tauke Lim juga mengucapkan terim kasih kepadaku sebab mengajar Ai Ling.Ada segelintir penduduk kampung bertanya kepadaku mengapa tidak meneruskan kebolehanku.Aku masih tiada jawapan sehingga teringatkan kenangan manis ketika aku muda dahulu dan mengingatkan kembali kepada Aiman.Hidupku seperti ayah yang menjadikan Ai Ling sebagai tumpangan untuk mencurahkan kasih.
(VI)
Kampung Seri Purnama telah menjayakan persembahan zapin dihadapan YB Samsuri dan Yayasan Warisan Negeri.Paluan kompang bergema sebaik YB Samsuri masuk.Yang membuat persembahan semua telah besedia.Majlis bermula pada jam 9.30 malam,setelah bacaan doa,Ai Ling mendeklamasikan sajaknya.Kemudian,persembahan zapin D'Purnama.Mereka telah melakukan persembahan sebaiknya sehingga dapat peruntukan kewangan bagi melengkapakan peralatan dan pakaian zapin.Majlis diakhiri dengan lagu Gholiyabu.Kemudian penduduk kampung YB Samsuri dan Yayasan Warisan Negeri menikmati juadah yang disediakan .Mereka semua berpuas hati dengan majlis pada malam itu.Pihak tertentu juga sedang mencari jalan bagi mendekatkan anak muda dengan kebudayaan untuk menjadi pelapis mereka.
(VII)
Masa berlalu dengan pantas,Ai Ling sudah berusia 12 tahun.Kesihatan diriku juga mengancam kegiatanku kerana terpaksa berulang-alik ke hospital.Namu tetap kugagahkan juga tugasku,aku tidak mahu mereka melihat kesakitanku.Pada suatu petang,aku membawa Ai Ling dan Ai Ching ke pantai.Aku mengajak Ai Ling duduk di sebatang pokok kelapa yang tumbang dan berbual dengannya tentang sejarah hidupku.Pelbagai perkara yang Ai Ling tahu mengenaiku.Semua perkara yang berlaku dalam hidupku membuatkan aku sedar bahawa kehidupan initidak ubah seperti merentas samudera yang luas tetapi itulah hakikat yang harus ku telan.
(VIII)
Bagiku bulan Ogos merupakan yang menyesakkan kerana Kampung Seri Purnama menjadi tuan rumah sambutan Hari Kemerdekaan peringkat mukim dan Program Berkampung dan berpuisi akan dilancarkan. Aku mengira orang yang sibuk dalam majlis tersebut.Ai Ling juga giat berlatih untukmemantapkan persembahannya.Petang itu,aku duduk di beranda rumah sambil menyemak buku draf program.Suara alam sememangnya indah,aku tidak tahu berapa lama lagi bisa mendengar nyanyian.Aku hanya mampu berdoa untuk diberikan kekuatan.Ai Ling datang membawa makanan kegemaranku .Ketika itu,aku sedang menulis manuskrip dan berjanji akan menjadikan Ai Ling orang pertama membacanya.Aku merasakan bahawa saat-saat bersama Ai Ling sesuatu yang harus aku hargai.Kemudian,Ai Ling bertanya kepadakuadakah aku sakit namun aku menafikannya.Ai Ling juga bertanya kepadaku bila untuk membawa Aiman ke sini dan aku hanya menjawab suatu hari nanti.Adakalanya aku kasihan kepada Ai Ling tetapi aku berharap suatu hari nanti Ai Ling akan mengerti juga.
Sinopsis Silir Daksina 2
Silir Daksina Bab 2
Suasana petang yang amat mendamaikan di kawasan Pantai Batu Buruk. Haiqal menikmati segelas teh tarik dan sepiring keropok lekor di sebuah gerai yang menghadap ke pantai. Ketika Haiqal sedang asyik menikmati juadahnya, seorang gadis duduk di hadapannya sambil tersenyum.
Haiqal begitu mengagumi gadis yang bernama Ratna itu. Ratna mempunyai cita-cita yang tinggi untuk menjadi usahawan yang berjaya. Walaupun Ratna tidak berjaya dalam SPM, Ratna tidak pernah berputus asa. Impian Ratna ialah ingin memiliki restoran sendiri di bandar Kuala Terengganu. Dia juga senang berkawan dengan Haiqal kerana Haiqal memberi semangat kepadanya. Haiqal juga sempat menyembunyikan kekecewaannya apabila gagal ditempatkan di institut pengajian tinggi. Namun begitu, Haiqal menempatkan dirinya di tingkatan enam aliran sastera. Haiqal bercadang untuk menghayati manuskrip ayahnya sementara menunggu keputusan STPM.
Kemudian, Haiqal mengajak Ratna berjalan-jalan di pantai. Mereka berjalan beriringan menuju ke arah pantai. Pantai itu telah mengingatkan Haiqal kepada ayahnya. Di pantai itulah ayahnya bertemu dengan uminya. Ratna bertanyakan tentang umi dan ayahnya. Namun, Haiqal akan menemui jawapannya setelah membaca manuskrip itu. Rupa-rupanya, uminya tidak mengetahui manuskrip yang dikirimkan oleh seorang yang berbangsa cina, Ong See Hwa menggunakan pos laju. Alamat Ong See Hwa sama dengan alamat yang tercatat dalam sijil kelahirannya iaitu di Johor.
Sinopsis Silir Daksina 1
Selepas Haiqal menerima manuskrip itu, perasaan Haiqal seolah-olah ditarik untuk membacanya seperti ada daya tarikan magnet terhadapnya. Haiqal begegas pulang ke rumah untuk membaca manuskrip itu secepat mungkin. Cara taipan di dalam manuskrip itu sangat kemas dan teratur memberikan keselesaan kepada mata setiap yang membacanya. Dia seperti berada di dalam alam Abdullah Bin Kayan tatkala membaca manuskrip itu. Nama Abdullah bin Kayan pernah terbit dari mulut uminya membuatkan Haiqal tertanya-tanya sejarah hidup beliau. Apabila Haiqal bertanyakan lebih lanjut berkaitan individu tersebut kepada uminya, uminya cuba untuk mengelak daripada menjawab pertanyaan anaknya yang cuba untuk menyingkap identiti individu tersebut. Haiqal terimbau kembali memori hidupnya pada umurnya 6 tahun. Uminya menyatakan yang walidnya sekarang ini, Abdul Fatah bukanlah bapa kandungnya. Uminya berasa sebak untuk menyatakan perkara tersebut di samping memberikan pelukan yang hangat kepada anaknya. Haiqal juga turut sebak apabila melihat uminya menangis.
Sinopsis Keseluruhan
Novel baru dalam komsas tingkatan 5 bermula tahun 2016
Sinopsis Keseluruhan
Novel ini mengisahkan tentang seorang remaja bernama Haiqal Haqimi. Dia hidup bersama ibu dan ayah tirinya.Suatu hari, Haiqal didatangi sebuah manuskrip lama yang didalmnya terdapat hasil penulisan ayah kandungnya. Teruja dengan kandungan nmanuskrip iyu, Haiqal bertekad untuk mencari jejak kehidupan arwah ayah kandungnya itu di sebuah kampung di Batu Pahat, Johor. Keputusannya untuk ke kampung arwahayahnya mendapat tentangan daripada uminya. Umi melarang Haiqal ke Johor atas sebab-sebab tertentu. Hubungan umi dan ayah kandung Haiqal sesungguhnya tidak bahagia sehingga berpisah. Umi membawa Haiqal tinggal bersamanya di Kuala Terengganu. Ayah Haiqal, Abdullah bin Kayan tinggal kesepian di Johor. Hidupnya kesepian, keseorangan dan dihurung kerinduan terhadap anaknya. Haiqal telah membuat keputusan bahawa dia tetap akan pergi walaupun uminya melarang keras keputusannya itu. Uminya tidak mahu Haiqal mengikuti jalan hidup seperti arwah ayah kandungnya. Haiqal tidak diberikan sebarang wang perbelanjaan untuk kesana. Sesampai di Kampung Seri Purnama, Haiqal disambut mesra oleh penduduk kampung. Hal ini dikatakan demikian kerana ayah kandung haiqal seorang yang sangat disegani di sana. Sedikit demi sedikit Haiqal mula mengetahui mengenai arwah ayahnya melalui peceritaan penduduk-penduduk kampung di situ. Terdapat sedikit ilmu mengenai tarian zapin di dalam novel ini. Beliau juga seorang yang amat mecintai sastera. Dari situlah perlahan-lahan Haiqal mengenali ayah kandungnya. Semenjak ayahnya meninggal dunia , Kampung Seri Purnama kehilangan orang penting untuk memperkenalkan tarian zapin ini. Sebelum pulang, Haiqal ingin kumpulan zapin D'Purnama membuat persembahan zapin. Haiqal dan See Hwa menari bersama-sama. Haiqal sangat terharu kerana umi, walid, dan adik tirinya turut memberkikan sokongan. Dendam uminya terhadap Abdullah bin Kayan telah melebur apabila dia datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal menari.