Monday, December 21, 2015

Pengajaran Silir Daksina


1) kita mestilah menyayangi ahli keluarga kita terutamanya ibu dan ayah kerana mereka telah banyak berkorban untuk kita
#Haiqal amat menyayangi ahli keluarganya meskipun dia mendapat tahu bahawa walidnya bukan bapa kandungnya dan Nurul Asiyah hanyalah adik tirinya .
2) kita perlulah tabah dan cekal dengan ujian yang dihadapi dalam hidup
#ayah Haiqal sabar , cekal dan tabah apabila dia tidak berjaya membawa anaknya, Haiqal tinggal bersamanya di Kampung Seri Purnama .
3) kita wajarlah prihatin tentang keadaan orang yang berada di sekeliling kita .
# Ai Ling bertanya tentang kesihatan gurunya apabila mendapati badan gurunya semakin kurus dan urat-urat di kepala gurunya timbul
4) kita mestilah menghargai jasa yang diberikan oleh orang lain kepada kita
# See Hwa tidak mengharapkan kebaikan yang diberikan kepada Haiqal dibalas tetapi cukuplah sekadar Haiqal menghargai kebaikannya
5) kita haruslah menghormati orang yang lebih tua walau dimanapun kita berada
#anak-anak muda di Kampung Seri Purnama akan bersalaman dengan semua yang berada di warung Wak Min sebelum mereka duduk di meja lain.

3 comments: