Monday, December 21, 2015

Watak & Perwatakan Silir Daksina

Watak & Perwatakan

Haiqal
1. Berani - Sifat berani haiqal mendorong untuknya bertanya kepada uminya tentang rancangannya untuk ke Johor.

2. Peramah - Haiqal mudah mencapai keserasiannya dengan penduduk kampung disebabkan keramahannya dalam bergaul dengan orang

3. Menghormati yang tua - Walaupun Haiqal telah melukai hati uminya, dia tetap memberutahu pergerakannya dan aktivitinya di Johor sebagai tanda hormatnya kepada ibunya.

4. Berdikari - Haiqal berseorangan menaiki bas dan ke Kampung Seri Purnama.

Ong See Hwa
1. Amanah - See Hwa menghantar manuskrip yang yang dikarang oleh Cikgu Abdullah kepada Haiqal

2. Rajin - See Hwa mengemas rumah Cikgu Abdullah 3 kali seminggu

3. Bersungguh-sungguh - See Hwa bersungguh-sungguh berlatih untuk pertandingan sajak peringkat sekolah.

4. Pemalu - See Hwa akan berbual dengan orang yang dia rapat.

Tauke Ong
1. Amanah - Tauke Ong menyerahkan buku akaun dan segala benda yang telah arwah Abdullah bin Kayan amanahkan kepadanya kepada Haiqal.

2. Bijak menyesuaikan diri - Tauke Ong berbaik dengan seluruh penduduk kampung ketika pertama kali dia bersama keluarganya sampai di Kampung Seri Purnama

3. Bersungguh-sungguh - Tauke Ong bersungguh-sungguh untuk mengusahakan ladang kelapa sawit dan getah milik keluarga Abdullah bin Kayan seterusnya menjadi orang yang berjaya di kampung.

4. Mengenang budi - Ketika Tauke Ong bercerita kepada Haiqal tentang kedatangannya di kampung itu, dia amat berterima kasih kepada keluarga Haiqal kerana banyak membantunya.

Abdullah bin Kayan
1. Baik hati - Abdullah bin Kayan mahu See Hwa menumpangnya kerana mereka menuju ke sekolah yang sama.

2. Bertanggungjawab - Seorang guru yang bertanggungjawab terhadap muridnya dan jawatan yang disandangnya iaitu ketua panitia bahasa Melayu.

3. Tolong-menolong - Cikgu Abdullah membantu See Hwa berlatih untuk pertandingan mendeklamasikan sajak peringkat sekolah.

4. Menyayangi ahli keluarga - Abdullah bi Kayan amat merindui anaknya yang berada di Kuala Terengganu bersama bekas isterinya.

9 comments: